Khamis, 29 Disember 2022
CINTA TAK KENAL USIA IAITU "CINTA SEJATI"
Pada tengah malam, adik angkat aku telah menelifon aku dan menanyakan khabar. Kami selalu jugalah berborak..maklumlah dah lama tak jumpa. Masa hari kami kenal di jembori pengakap di Kuala Terengganu dan itu jugalah hari terakhir kami berkenalan. Pada malam tersebut, ada suatu suara meminta adik angkat aku kirim salam pada aku. Dia mengatakan "Kirim salam dekat kakak kau". Lalu adik aku pun menyampaikan kepada aku. Adik aku kata Sarjen adik kirim salam aku pun jawablah salamnya semula. Tak tahu lah macam mana, si sarjen dia ni macam pelik..selalu dia minta adik angkat aku ni kirim salam dekat kakak dia. Dia kata, kakak saya semua dah kahwin sarjen tapi bila sarjen dia suruh kirim salam dekat aku..laju je dia sampaikan. tak sempat berapa minit, sarjen adik aku sendiri bercakap dengan aku. Menyanyakkan banyak soalan kepada aku dan meminta number telefon aku. Aku pun cakaplah, minta dekat adik angkat aku. Keesokkan harinya..adik angkat aku telefon aku lagi, masa tu sarjen dia pun ada sekali. Sarjen dia meminta kirim salam lagi sekali..lalu adik aku menyampaikannya. Tak sampai beberapa minit, sarjen dia terus bercakap dengan aku dan ingin meminta number telefon aku. Aku terus menyebut satu persatu number telefon aku.
Hari yang ketiga, sarjen dia terus video call aku..kononnya nak berborak dengan aku. Macam-macam dia cerita dan menunjukkan di mana tempat kerja dia. Masa video call dengan dia, dia tak tunjuk langsung muka dia..macam acah-acah malu lah kan. Hari demi hari kami chat, call dan video call. Tiba-tiba dia invite adik dia dalam video call tersebut. Adik dia siap puji aku katanya "cantik lah". Aku pada mulanya segan sangat-sangat dengan adik dia sampai tak tahu nak borak apa. Tak tahu macam mana..dia kata dia berkenan sangat dengan aku. Pada mulanya, aku tak percaya cakap dia sehinggalah dia tanya aku "kalau ada orang datang rumah dengan hajat..awak terima tak?". Aku pun jawab solan dia, aku cakap "saya terima siapa-siapa sahaja yang datang ke rumah". Dia tanya lagi "betul ke..awak terima siapa sahaja yang datang ke rumah awak?" untuk menyakinkan persoalan dia aku pun menjawap "iya". Beberapa minggu kemudian dia invite aku dalam video call keluarga dia dalam video call tu ada kakak dan adik-adik perempuan dia. Kakak dia tanya "nama siapa? duduk mana?" aku pun jawab "nama saya nur zahidah panggil zai" tiba-tiba kakak dia cakap "eh..nama kita sama lah ada z" pastu terdengar suara dari belakang iaitu suami kakak dia berkata "eh..mana sama. nama awak dzul bukan z". Bermula dari situ suasana menjadi riuh-rendah dan gelak tawa. Keluarga dia bergitu peramah terhadap aku, aku menjadi segen sangat-sangat dengan keluarganya dia. Tiba-tiba ada orang call dekat telefon dia yang lagi satu, pastu dia kata dia ada kerja. Dia minta izin untuk keluar dari video call tersebut..masa tu aku dah berdebar dalam hati kecilku berkata "wey..biar betul dia nak tinggal aku dengan adik-beradik dia. Ya Allah, aku nak cakap apa ni" masa tu tak terkata wey. Nasib baiklah adik izraq ni pandai dia kata "okeylah..nanti sambung lagi ya. ada kerja sikit nak kena buat" aku pun cakap "okey..bye-bye. assalamualaikum".
Beberapa bulan kemudian, iaitu pada 4 Mei 2022 dia dan keluarganya datang ke rumah untuk merisik dan bertunang dengan aku. Masa tu, aku menjadi berdebar sangat-sangat dan aku berharap semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdullilah..Allah telah memakbulkan segala doa aku dan bersyukur sangat-sangat semuanya selesai. Masa tu, aku dah berubah menjadi tunangan orang. Sebenarnya..itulah kali pertama dia datang ke rumah dan itu juga kali pertama kami berjumpa dan bersemuka. Yang geramnya, hari pertama aku bersemuka dengan dia..aku tanya dekat dia "awak makan dah ke?". Dia tak jawap pun soalan aku tu..dia senyap seribu bahasa. Dalam hati aku "wey..dia tak sudi ke bercakap dengan aku" masa tu terasalah juga dengan dia. Aku bercakap dengan dia sebab masa tu dia nak balik dah ke rumah dia. Lepas je dia balik, dia terus video call aku..dia cakap terima kasih ya. Tengok muka dia macam suka sangat-sangat. Aku pun terus tanya dekat dia "ya lah, orang tu tak sudi nak cakap dengan kita". Dia pun gelak..dia cakap "bukannya tak sudi, nak ikutkan banyak benda yang nak cakap tapi macam tak beradap pula. nanti orang cakap baru bertunang" masa tu dia hanya fikir pasal adap je sebab itu dia tak bercakap dengan aku. Aku pun cakap "hmm..yelah" sebab bukannya kami ni selalu berjumpa nak-nak dia kerja jauh lagi lah payah nak jumpa. Keesokkan harinya, dia dah nak kena balik Serawak dia cakap "sedihlah nak kena balik dah" pastu aku cakap lah dekat dia "takpe lah..nanti ada cuti balik lah lagi. kerja tu kan satu amanah". Dia pun cakap "hemm..yelah, baik lah cik tunang". Sebenarnya aku sangat kagum dengan dia, sebab dia lelaki yang telah menunaikan janji dan telah membuktikan segalanya. Dulu aku pernah melebalkan semua lelaki itu sama, sebenarnya setiap orang itu ada perbezaannya dan keistimewaan masing-masing. Dia lelaki yang selalu ada disaat suka duka aku dan sentiasa memberi nasihat dekat aku. Aku berharap sangat yang hati dia tidak akan berubah sedikit pun untuk aku. Pernah aku kenakan dia, aku tak tahu pula yang dia menangis..tak pernah aku tenguk orang lelaki menangis. Yes..dia lelaki yang mudah tersentuh dan terasa apa yang aku buat. Dia bukan lah lelaki yang ego..dia selalu rendahkan ego dia dan selalu minta maaf dekat aku walaupun itu bukan salah dia. Maaafkan saya awak sebab saya selalu buat awak terasa hati dan buat awak menangis tapi awak tetap bersabar dengan kerenah perangai saya. Tidak pernah awak rasa jemu dan berputus asa dengan perangai saya..dan tetap awak bertahan sehingga hari ini. Tapi yang paling aku geram dengan perangai dia ialah kuat betul merajuk sampai aku yang kena pujuk dia..Mohd Dzul Izraq Bin Ramli punya perangai. Tapi selama berkenalan dengan dia..dia juga banyak memberi pendapat dan pandangan yang sangat baik. Betul orang tua-tua cakap, nak cari jodoh biar orang tu tua dari kita senang sikit nak jaga kita dan sentiasa memberi pendapat.
Selepas beberapa bulan, dia kata nak datang kerumah..sahaja nak jalan-jalan. Padahal nak datang rumah sebab nak jumpa dengan aku. Dia sampai kuantan pada waktu malam pukul 7 lebih iaitu pada 11 Ogos 2022 (Khamis) di Terminal Senter Kuantan (TSK). Masa tu..yang ikut aku pergi ambil dia dekat terminal adalah mak dengan Ipah. Kita orang pergi bertiga, dia pula duduk di bahagian depan sebelah aku. Bukan main seronok dia..rupanya banyak betul bercakap. Dalam perjalan nak balik ke rumah banyak juga dia berborak dengan mak. Mak siap tanya dia lagi "ni datang Kuantan, Mak Izraq tahu tak?" pastu dia cakap "Mak tahu dah yang saya nak datang sini, mak bagi je. Dia pesan jangan menyusakan orang pula". Lepas tu, kami singgah lah dekat kedai makan sebab kesian pula tenguk dia tak makan lagi. Tengah-tengah makan, dia dah habis nasi dia..aku tak habis pun. Last-last dia ambil nasi lebih aku tadi dan terus dia makan. Terkejut aku sebab dia makan lebihan aku selalunya orang tak nak lebihan aku. Selalunya, family aku je ambik lebihan aku sebab tekak orang kan lain-lain kadang-kadang ada orang geli nak ambil. Tapi dia tak, dia boleh terima..yang tu buat aku suka dekat dia. Dah siap je makan kami pun bergerak nak balik ke rumah tapi sebelum nak balik tu kami singgah dulu dekat kedai Faiz. Faiz buat makan-makan, maklumlah perasmian kedai baru nak buka. Masa tu, semua orang ada..makcik dengan pakcik pun ada sekali siap ajak berborak dengan dia. Bukan main seronok makcik aku dapat berborak dengan dia. Dah siap semua sekali, kami pun balik awal sebab kesian dekat dia penat sangat. Esok pagi nya..aku, mak, dia, Ipah dengan Fahmi ikut sekali pergi hantar mak kerja. Sebelum nak hantar mak ke tempat kerja..kami singgah makan dahulu. Lepas tu, tempat pertama aku bawa dia adalah Pantai Teluk Cempedak (TC). Kami pun singgah dekat kedai Loteng Cafe untuk beli air dekat situ. Lepas je kami beli air dekat situ, kami terus bergerak ke Pekan nak ambil adik aku si Zakirah (aka baby). Selama perjalan itu juga, banyak benda yang di sembangnya dan banyak juga lah soalan dia. Lepas ambil je Zakirah..kami terus balik ke rumah sebab dia dengan Fahmi nak kena pergi Masjid untuk menunaikan solat jumaat. Dia, Fahmi dengan ayah pergi sama-sama ke Masjid. Dia juga lah yang bawa kereta pergi ke Masjid. Lepas siap solat jumaat, dia berborak-borak dengan ayah. Selepas dia bangun tidur, petang tu juga aku bawa dia pergi Pantai Sepat sebab nak suruh dia makan udang celup tepung dengan sotong celup tepung. Siap je makan, kami terus lepak di tepi pantai..selepas lepak tiba-tiba perut aku terasa pedih sangat-sangat masa tu terus balik ke rumah. Last-last dia yang tolong drive kereta nak balik ke rumah sebab aku betul-betul tak larat. Lepas solat isyak, kami sekeluarga bawa dia pergi makan ikan patin masak tempoyak di Restoran Jaman Tory dekat Semambu. Hari yang kedua, kami bawa dia pergi sarapan pagi di Kedai Makan Masjid Kampung Pandan 2 yang ikut masa tu mak, ayah, along, Hafiz, Kalisah, aku dan dia. Selepas siap makan, kami terus balik ke rumah dan aku bawa dia pergi ke Air Terjun Pancing iaitu Air Terjun Sungai Pandan kami terus bertolak ke sana takut ramai sangat orang nanti payah nak mandi dan susah cari parking kereta. Masa tu..kami pergi bertiga je iaitu dia, aku dengan Zakirah. Aku dengan Zakirah tak mandi pun..dia seorang je yang mandi. Aku dengan Zakirah hanya jadi penonton sahaja. Selesai je dia bermandi-manda, kami pun nak balik kerumah tapi sebelum nak balik tu ingat nak singgah Sungai Lembing tapi dia cakap "tak payah lah, balik terus". Tapi sebelum tu, dia ajak juga singgah pergi McDonald's nak beli makanan. Aku pun bawa lah pergi McDonald's Sungai Isap dan bila dah selesai membeli makanan. Kami pun terus balik ke rumah..dan dia terus masuk bila nak tidur. Sampai je ke petang, aku terus ajak dia pergi Tunas Manja dekat Taman Tas teman mak aku beli barang dapur dan dia pun ikut sekali. Dia pula ambil barang yang nak bawa balik Sarawak..mak aku yang tolong bayarkan untuk dia sebab mak aku ni suka bayarkan untuk orang lain. Malam tu pula, kami bawa dia pergi makan dekat kedai Faiz je masa tu dia makan western sahaja. Hari terakhir dia dekat rumah aku, mak aku masak untuk kami makan bersama-sama. Selepas siap kami makan, kita orang bersiap-siap nak hantar dia dekat kem di Kuala Lumpur.
Selepas siap hantar dia dekat kem, kita orang singgah sekejap dekat masjid situ. Dia sampai je bilik..terus video call aku. Rindu lah tu..hahahaha. Kita orang siap je solat dekat masjid tu terus bergerak ke rumah mentua Uda sebab nak melawat kakak ipar. Sambil-sambil tu tenguk anak buah yang baru sahaja lahir. Esok tu, dia nak kena naik kapal terbang dah..dia cakap "sedih lah nak kena balik dah. Kalau boleh nak stay sini lama lagi". Kesian juga lah tenguk dia, tapi nak buat macam mana kan kena balik juga sebab tu kan tugas dia.
Boleh di katakan setiap hari dia buat panggilan dan chat..tak pernah tak call dan chat. Kadang-kadang aku sahaja nak uji kesabaran dia..aku tak balas pun chat dan angkat panggilan dia sehingga dia buat panggilan yang sangat banyak. Dia akan buat panggilan tu sehingga aku angkat panggilan dia, pastu dia akan tanya "kenapa tak angkat call abiy?". Hehehe, sorry abiy..sayang sahaja tak nak angkat panggilan abiy. Kadang-kadang sayang merajuk dengan abiy sebab itu sayang tak angkat pun. Sayang nak suruh abiy pujuk..last-last abiy yang merajuk. Kelakarkan perangai Mohd Dzul Izraq, kadang-kadang kena sabar je dengan perangai dia..aku ingat kan sweet lah juga rupanya hmmm. Dia kalau aku merajuk lagi kuat menganjing ada lah, pernah dia cakap sambil mengejek "hmm..merajuk" aku ni sampai tak jadi nak merajuk punya lah geli hati..aku tergelak wey. Haishh..kadang-kadang tu, geram pun ada dengan dia tapi nak buat macam mana kan..sabar je lah. Mohd Dzul Izraq ni kalau tengok muka dia ni macam garang tapi sebenarnya kalau orang yang betul-betul kenal dia hati dia tu mudah betul tersentuh (Dalam Hati Ada Taman) kadang-kadang tu menagis lah juga. Kalau orang lain tahu perangai sebenar dia, mesti orang lain pun gelak sebab tak percaya yang tu perangai dia..aku pun mula-mula macam tak percaya yang dia macam tu. Ia, itu betul-betul perangai dia dan bukannya di buat-buat atau lakonan. Aku sahaja nak kena kan dia "tu lah kurus sangat, dulu tak nak kahwin awal". Lepas tu dia cakap "dulu abiy tunggu sayang, masa tu abiy tengok sayang tergedek-gedek jalan..kecilnya budak ni, comel je tunggu lah dia habis sekolah dulu". Kononnya dia cerita yang dulu..dia pernah nampak aku pergi sekolah dan tergedek-gedek berjalan padahal tak pernah kenal pun aku dan tak pernah jumpa pun. Dia kalau buat cerita number satu, pastu ada je benda dia nak kena kan aku balik. Pastu aku cakap dekat dia "eleh time tu abiy bercinta dengan orang lain, mana kenal sayang". Pastu dia cakap "abiy tunggu sayang". Selama aku cakpa macam tu, selalu dia balas dengan baik..tak pernah sakitkan hati aku. Mungkin aku je, yang selalu tak jaga perasaan dia dan selalu sakitkan hati dia. Dia seorang yang sangat penyabar dengan perangai dan kerenah aku. Berharap sangat yang kesabaran dia tu kekal selama-lamanya.
Dah menginjak beberapa bulan dan telah masuk tahun baru iaitu tahun 2023, dup dap dup dap jantung aku iaitu majlis perkahwinan kami dah nak dekat. Majlis kami bertarikh 21 Januari 2023 iaitu hari Sabtu. Macam tak percayakan yang dah nak kahwin, lepas ni dah tukar status bujang kepada isteri orang iaitu isteri kepada Mohd Dzul Izraq Bin Ramli. Kadang-kadang tu rasa sedih lah juga..bukan sedih sebab berkahwin dengan dia..tapi sedih sebab selepas ni tanggungjawab ayah bertukar kepada si dia yang bergelar suami. Ayah..ayah nak tahu tak yang Anjang rasa sedih sangat-sangat kalau boleh Anjang tak nak ubah sedikit pun, Anjang tetap nak tanggungjawab tu bawah ayah. Ayah ada lah lelaki yang pertama di hati anjang sehingga hujung nyawa anjang. Yang untuk Mohd Dzul Izraq pula, dia ada lah lelaki yang tetap ada di dalam hati aku setelah ayah dan setia sehingga hujung nyawa. Perasaan itu idak akan berubah sedikit pun untuk dia. Terima kasih Ya Allah, Engkau telah hadirkan kedua-dua lelaki yang teramat istimewa dalam hati aku dan akan sentiasa bertahta dalam hati aku. Aku banyak luahkan perasaan aku dekat ayah..ayah sentiasa dengar luahan hati aku dan ayah selalu bagi nasihat, pendapat dan sokongan dekat aku. Aku suka bergurau dengan ayah, ayah sebenarnya seorang yng sangat tegas dan garang maklumlah bekas tentera katakan. Sebenarnya, ayah adalah seorang yang pendiam..tetapi aku selalu kacau dia dan selalu sakat dia. Ayah sentiasa senyum dengan perangai aku..sebab aku sahaja nak suruh ayah senyum dan gelak tawa. Ya, seronok sangat bila dapat tengok ayah senyum dan gelak..sedikit sebanyak membuat aku senang hati dengan riaksi ayah. Yang aku telah berjaya ambik hati ayah dan kami menjadi sangat rapat semenjak kecil lagi. Ayah sentiasa ikut apa sahaja yang aku minta dan memberi apa yang aku nak. Setiap permintaan aku, ayah sentiasa tunaikan..sebenarnya Anjang nak minta maaf dekat ayah, selama ni Anjang selalu menyusakan ayah. Tapi ayah tak pernah ungkit sedikit pun, dan ayah tak pernah bagi tahu yang ayah tak ada duit masa tu ayah tetap belikan untuk Anjang. Bila dah besar ni, Anjang tetap tak dapat nak balas semua jasa baik ayah dan kebaikan yang ayah berikan pada Anjang. Aku berharap sangat suatu hari nanti aku dapat balas semua kebaikan ayah dan emak (My Syurga).
Di antara kami, tiada rahsia apa-apa pun sentiasa beritahu apa-apa sahaja yang kami nak buat. Kalau tidak puas hati terus cerita masa itu juga sebab dia selalu pesan "kalau tak puas hati bagi tahu je terus, jangan pendam. Cerita dan beritahu je..jangan senyap je. Kalau tak macam mana nak tahu apa masalahnya". Bila dah luah tu, dia tak buat dah sebab dia tahu yang aku tak suka. Dan dia juga ada benda yang tak suka aku buat, tapi sebab aku ni degil aku buat juga..hahaha. Jangan risau abiy, lepas je sayang jadi isteri abiy..sayang dah tak buat dah sebab abiy adalah syurga sayang sehingga syurga. Minta maaflah, selama pengenalan abiy dengan sayang..banyak kekurangan sayang yang abiy dah nampak kan. Sayang harap, abiy dapat bertahan dengan sayang dan sentiasa bimbing sayang ke jalan yang benar. Seandainya, suatu hari nanti abiy tak suka dekat sayang..abiy bagi tahu lah dekat sayang jangan bagi tahu dekat orang lain sebab masa tu sayang tak tahu apa isi hati abiy.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CINTA TAK KENAL USIA IAITU "CINTA SEJATI"
Pada tengah malam, adik angkat aku telah menelifon aku dan menanyakan khabar. Kami selalu jugalah berborak..maklumlah dah lama tak jumpa. ...
-
Pada tengah malam, adik angkat aku telah menelifon aku dan menanyakan khabar. Kami selalu jugalah berborak..maklumlah dah lama tak jumpa. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan