Ahad, 9 Februari 2020
CINTA YANG TAK DI BALAS OLEH KU!
Pada enam hari bulan sepuluh aku pergi lawatan bersama-sama pelajar Maahad Tahfiz Muslimah. Sedang aku berseronok bersama anak murid aku. Ketika aku berada di dalam bas lawatan. Ada seseorang lelaki yang aku tidak kenali chat aku di istagram. Lalu memperkenalkan namanya dan menanyakan aku soalan. Aku macam biasa, layan tak layan sahaja. Aku bukan seorang yang jenis beria bila lelaki chat . Tapi sebelum aku membalas chat dia tu, aku selidik dulu dia punya profil instagram. Takut lah juga kan, buat-buat dia tu orang jahat. Setelah aku tengok instagram dia, aku lega sangat-sangat kerana dia seorang anggota polis. Aku pun balas lah chat dia yang tadi. Selepas kami saling membalas chat dia meluahkan pada aku, lalu dia mengatakan "Awak ni sebenarnya CRUSH saya, saya dah lama usya awak dekat instagram". Masa tu aku tak tahu lah nak percaya atau tak. Alah kalau korang mesti tak percaya juga kan. Maklumlah baru je kenal. Tiba-tiba kata crush, pastu lagi satu lelaki ni memang pandai kata-kata manis. Sebab tu aku payah sikit nak percaya dengan kata-kata lelaki yang aku tak kenal. Aku pun balaslah chat dia "Ouh, yeke". Hanya itu sahaja yang aku balas, macam aku cakap tadi aku bukan yang jenis beria. Jadi aku buat biasa-biasa je. Setelah aku habis chat dengan dia, Alhamdulillah aku sampai ke tempat lawatan yang Para Guru Maahad Tahfiz rancangkan. Kami pun berehat sekejap je di hotel yang telah kami booking dan meletakkan barang-barang yang kami bawa. Setelah selesai kami letak barang di bilik. Kami pergi jalan-jalan di sekitar bandar yang bersejarah, seronok sangat dapat tengok bermacam-macam benda. Kami ni kalau berjalan memang tak ingat dunia, penat ke tak penat ke tetap nak berjalan. Lepas itu kami balik semula ke hotel untuk persiapan solat maghrib, selepas solat maghrib kami semua sambung semula berjalan sampai lah kami semua penat berjalan. Kami semua rancang untuk balik semula ke hotel untuk berehat kerana esok nak kena sambung berjalan lagi.
Keesokkan harinya dia masih chat aku, aku pun balas lah chat dia. Aku tak nak orang ingat aku ni sombong dan belagak. Sambil aku berjalan-jalan dengan anak muridku, aku membalas setiap chat dia. Sehingga aku membalas chat dia lambat sebab aku tak nak bagi harapan pada dia. Nanti dia ingat aku suka dekat dia pula. Selepas kami semua selesai berjalan-jalan membeli barang untuk hari terakhir kami semua di situ. Kami pun kemas barang untuk balik semula ke Maahad Tahfiz. Selama tiga hari dua malam aku berada di tempat lawatan bersama pelajar Maahad tahfiz. Dia sentiasa chat aku, aku macam layan tak layan je. Selepas beberapa minggu, aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah untuk berehat di rumah. Tiba-tiba ada chat masuk, dia mengatakan pada aku "Saya nak datang rumah awak boleh tak?". Kali ni aku terkejut dengan kata-kata dia sebab mana ada lelaki yang aku tak kenal datang rumah. Weyyy..baru berapa minggu kenal tiba-tiba nak datang rumah. Aku pun macam tak percaya dengan apa yang dia katakan. Aku pun kata "Ouh, boleh je". Mak ayah aku ni jenis tak kisah orang nak datang rumah, sebab mak ayah aku penah pesan dekat aku "Biar lelaki yang datang rumah kita, jangan kita pergi rumah orang lelaki". Mak ayah selalu pesan dekat semua anak perempuannya supaya pandai jaga diri dan jangan mudah ikut cakap orang yang tidak dikenali. Keesokkan harinya, dia chat aku dan mengatakan yang dia nak datang rumah aku. Aku pun macam biasa bagi tahu mak ayah aku yang ada orang lelaki nak datang rumah. Lepas tu aku pun pergi lah ke dapur membuatkan makanan dan minuman untuk persiapan tetamu yang nak datang. Tengah aku sibuk di dapur dia chat aku banyak kali, disebabkan aku tak balas chat dia. Dia terus call aku, dia bagi tahu yang dia dah sampai dekat depan rumah aku. Masa tu tiba-tiba aku jadi gelabah tak tentu pasal. Aku pun buat biasa-biasa je, aku terus pergi menuju ke pintu depan masuk rumah aku dan jemput dia masuk. Masa itu ada mak ayah aku sekali, kami saling menjemput dia masuk ke dalam rumah. Dia pun masuk dan bersalaman dengan family aku. Mereka semua bersembang dan menanyakan soalan. Aku masa itu duduk di dapur untuk menghidangkan makanan dan minuman yang dah siap tadi untuk letak di ruang tamu. Selepas dia selesai bersembang dengan family aku, dia meminta izin untuk pulang kerumahnya. Selepas dia bersalaman dengan family aku, mak ayah aku kata padanya "Nanti kalau ada masa free, datang lah lagi ke rumah pak cik dengan mak cik" dia pun cakap dekat mak ayah aku "InsyaAllah, pak cik mak cik". Aku pun hairan, kenapa mak ayah aku cakap macam tu. Rupa-rupanya dia duduk dekat je dengan rumah pak cik sedara aku duduk. Kiranya pak cik sedara aku ni kenal lah dia dengan family dia ni. Selepas habis semua, aku terasa teruja dengan dia sebab dia seorang yang gentleman. Berani datang ke rumah aku tanpa membawa siapa-siapa untuk menemaninya. Selepas dia sampai ke rumahnya, dia memberi tahu aku yang family aku ni peramah sangat. Esoknya, dia datang ke rumah aku lagi. Aku biarkan jelah dia nak datang rumah, tak akan nak halau tertamu pulakan. Lepas siap bersembang, dia bagi tahu mak ayah aku malam ni dia gerak balik Kuala Lumpur sebab hari isnin dia kerja. Pastu mak aku cakap "Tak apa lah, nanti kalau ada masa cuti. Datang lah rumah mak cik dengan pak cik lagi". Pastu dia cakap "InsyaAllah, pak cik mak cik. Nanti kalau ada cuti saya datang lagi ke rumah pak cik dengan mak cik ya" lepas itu dia pandang ke arah aku dan memberi senyuman. Lepas itu dia ucapkan terima kasih kepada family aku dan aku.
Macam biasa, sampai je dekat rumah dia. Dia masti chat aku untuk mengucapkan terima kasih. Selepas itu, dia bagi tahu aku "Saya malas nak balik Kuala Lumpur, kalau boleh saya nak sembang lama dekat rumah awak". Aku cakap dekat dia "Tak boleh lah macam tu, kerja kene jalan kan, itu kan tanggungjawab dan amanah awak. Nanti ada cuti boleh je datang lagi. Alah lagi pun rumah awak dengan saya bukan jauh pun. Dekat je". Lepas tu dia cakap "Sebenarnya saya berat hati nak balik, saya dah mula sayangkan family awak". Aku masa tu tak tahu nak balas apa, tak sempat beberapa minit. Aku bagi nasihat dekat dia, aku cakap "Jangan terlalu berharap sangat, takut nanti awak yang kecewa. Jangan mencintai manusia lebih daripada cinta Allah". Pastu dia pun kata "Baik lah awak, awak jaga diri ye". Pastu dia nak bertolak ke Kuala Lumpur dia chat aku, dia bagi tahu dia nak balik dah. Aku cuma cakap "Okey, hati-hati ye". Esoknya hari isnin, masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Chat hanya biasa-biasa je ucapkan good morning, tanya khabar dan tanya makan dah ke belum. Sehinggalah beberapa bulan dia balik ke Kuantan, dia datang ke rumah aku untuk memberi hadiah hari jadi aku. Masa tu aku terharu sangat, tapi aku tak tunjuk dekat depan dia. Aku hanya buat biasa-biasa je dan hanya senyum sahaja. Pada malam itu pula, aku nak pergi jalan-jalan ke bandar. Dia chat aku dan bertanya "Tengah buat apa tu, busy ke?". Aku pun balas chat dia "Saya tengah bersiap-siap nak pergi keluar dengan family saya". Dia pun cakap "Wahh best nya, nak ikut boleh tak?". Pastu aku tanya dekat mak aku "Mak dia nak ikut kita pergi jalan-jalan" pastu mak aku cakap "Okey, biarlah dia nak ikut. Tapi mek dia bagi ke ikut kita?". Aku pun tanya soalan yang sama dekat dia "Mek awak bagi ke awak ikut family saya?". Pastu dia cakap "Jangan risau awak, mek saya bagi je saya keluar pergi mana-mana. Asalkan jangan buat benda yang tak elok". Aku pun cakap "Okey, baik lah kalau macam tu". Kita orang pun keluar sama-sama, tapi sebelum tu jangan fikir yang bukan-bukan ya. Kita orang naik kereta asing-asing. Dia bawa kereta dia dan aku dengan family aku sendiri. Tempat pertama kita orang pergi, tempat kerja ayah aku. Kemudian, kami makan durian dan maggis dekat dengan Majlis Pembandaran Kuantan (MPK) di parking kereta. Selepas makan dekat situ, kami bercadang makan di SMK Paya Besar pula. Sedang kami makan-makan talifon aku berbunyi aku pun angkat, aku pun jawab "Waalaikumussalam, haa..kenapa?". Adik aku pun cakap "Ada dekat mana? Datang hospital sekarang, Uda masuk hospital wad kecemasan dia accident". Pastu aku cakap "Haa apa? Macam mana dengan Uda okey tak? Teruk ke dia? Okey nanti kita orang terus pergi sana". Selepas aku nak letakkan talifon atas meja makan semua orang pandang ke arah aku. Ingin mengetahui apa yang telah berlaku, aku pun bagi tahu lah perkara sebenar dan mak aku terus berhenti makan kerana tak ada selera nak makan. Mak aku pun terus bangun dan pergi basuh tanggan dan duduk semula ke meja makan. Yang dia pula minta izin nak basuh tanggan dan terus ke kuanter untuk membuat pembayaran. Kami semua terkejut dia pergi ke kuanter bayar dan dia bayar semua makanan yang kami oder. Nak ikut kan kami yang nak belanja dia tapi jadi lain pula. Aku dengan mak ayah aku cakap dekat dia kenapa bayarkan, biarlah kami bayar sebab kami yang nak belanja. Pastu dia cakap "Tak apa lah, bukan selalu saya belanja pak cik dengan mak cik sekeluarga". Kami pun ucapkan terima kasih kepada dia. Selepas selesai kami terus pergi ke hospital untuk melawat abang aku. Sampai je hospital kami tengok abang aku tengah duduk di atas kerusi untuk menunggu giliran masuk ke dalam bilik untuk check up lagi sekali. Dengan tangan kene balut sebab patah dan kaki luka. Ramai kawan abang aku yang ada di situ untuk menemani abang aku. Dan mak ayah aku dan dia pun duduk sekali dekat abang aku. Mereka bersembang bersama-sama dan aku mengambil keputusan untuk duduk di tempat lain. Lama sangat menunggu abang aku siap, aku tertidur di situ. Kemudian adik aku kejut kan aku, tak nak balik ke?. Aku pun bangun dan terus menuju ke kereta untuk balik ke rumah. Macam mana tak tertidur dekat situ, masa tu dah pukul 3:16 pagi. Dia pun ikut balik ke rumah aku, masa tu dia nak balik rumah dia tapi mak ayah aku cakap lewat dah ni. Tidur jelah dekat sini, rehat-rehat dulu. Dia pun segan takut menyusahkan family aku, pastu dia pun masuk ke dalam rumah. Aku masa tu dah terus ke bilik tidur aku kerana mengatuk sangat-sangat. Hanya tinggal dia mak ayah aku dan adik-adik aku dekat ruang tamu. Esok pagi nya, ada chat masuk "Assalamualiku awak, mek saya cakap terima kasih bagi durian, sedap sangat". Dan aku balas chat dia "Waalaikumussalam, sama-sama..balik pukul berapa tadi? Mek marah ke awak balik lewat. Cakap dekat mek saya mintak maaf ye sebab awak balik lewat". Pastu dia cakap "Mek tak marah pun, cuma mek cakap kenapa tak balik rumah terus. Kesian Tuan rumah tu duduk lama-lama. Tuan rumah tu pun nak rehat juga". Aku pun balas "Cakap dekat mek kami tak kisah pun, kami okey je"
Dia pun pulang ke Kuala Lumpur untuk melaksanakan tugasnya di sana. Macam biasa balas chat hanya biasa-biasa sahaja. Aku bila masa tengah kerja jarang pengang talifon sebab terlalu busy sehingga tak cara ke talifon. Dia pun faham dengan kerja aku. Selang beberapa bulan dia bagi tahu aku yang dia mula sayang dekat aku. Aku hanya diam sahaja sebab aku tak ada perasaan dekat dia kerana aku anggap dia sebagai seorang kawan sahaja. Dia ada tanya aku "Awak suka saya tak, sayang saya tak? Jujur jujur" dan aku cakap "Ada tapi sebagai kawan". Pastu dia cakap "Tak apalah macam tu, nanti perasaan tu lebih daripada kawan".Aku pun hanya sent smile je dekat dia. Hari demi hari bulan demi bulan kami masih berchat. Dan tiba-tiba dia bagi tahu aku yang mek dia sakit, mek cakap dekat dia yang mek dia nak sangat tengok dia kahwin. Kemudian, aku tanya dia "Kenapa awak tak cari orang yang sama kerjaya dengan awak. Awak tak nak ke cari yang kerja dekat Kuala Lumpur tu kan senang". Dia cakap "Tak nak, Saya nak awak sorang je. Lagi pun rumah awak dengan saya dekat je". Aku cuma balas "Hmmm, yelah awak" sebab aku tak nak letak harapan yang tinggi aku takut nanti aku kecewa dan aku takut perasaan sayang tu hadir dalam diri aku. Semejak dari tu aku pelahan-lahan jauh kan diri daripada dia. Setiap kali dia chat aku aku balas lambat, kadang-kadang tu dia tanya sepatah aku jawab sepatah. Sampai dia tanya aku "Awak okey tak?" aku pun jawab "Saya okey je, maklum lah busy kerja" dan aku bagi macam-macam alasan dekat dia. Sebulan kemudian dia chat aku, dia bagi tahu dia nak tunang dah. Aku pun tanya dekat dia "Dengan siapa?" dia cakap ada lah mana boleh bagi tahu rahsia. Aku pun cakap "Ouh, tak apa lah kalau macam tu" dan dia tanya aku "Awak sedih tak kalau saya kahwin?". Aku pun cakap lah "Tak, kenapa nak sedih pula. Itu kan hak awak. Awak berhak untuk menentukan kebahagiaan awak sendiri". Aku berani cakap tak sebab dia penah cakap dekat aku, kalau dia masuk minang aku jangan tolak dia. Aku pun cakap lah okey dan dia penah berjanji dengan aku dia hanya nak aku dan tak nak cari orang lain. Selepas tiga bulan kami tidak berhubung. Pada pertengahan bulan dua belas aku tengok di status WhatsApp adik dia, dia dah bertunang dengan orang lain. Tiba-tiba perasaan aku masa tu bercampur baur. Perasaan aku berasa sangat-sangat sedih dan aku tak tahu kenapa sedangkan aku tak ada perasaan pun dekat dia. Betul lah apa orang cakap, kita akan menghargai seseorang selepas kita kehilangan dia. Aku kecewa, marah sebab dia tipu aku dan dia bagi harapan palsu. Seminggu, aku tak boleh tidur dan tak ada selera makan. Nak dekat tiga minggu lebih wey aku cuba bangkit balik untuk terus kan kehidupan aku. Aku cari semula semangat aku yang dulu. Alhamdulillah, aku mengadu semua pada Allah SWT. Family aku banyak bagi sokongan dan anak murid aku banyak buat aku ketawa. Aku cuba melupakan segalanya dan sedikit demi sedikit aku cuba untuk memaafkan dia dan redha denga apa yang berlaku. Dia meninggalkan kebahagiaan, pengajaran dan pengalaman. Aku jadi kan asbab dia hadir dalam hidup aku. Dan aku nak ucapka terima kasih dekat dia kerana dia aku semakin dekat dengan Allah SWT.
Okey lah sampai situ sahaja kisah aku dengan dia. Aku doakan semoga dia bahagia bersama dengan orang yang dia cintai sehingga Jannah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CINTA TAK KENAL USIA IAITU "CINTA SEJATI"
Pada tengah malam, adik angkat aku telah menelifon aku dan menanyakan khabar. Kami selalu jugalah berborak..maklumlah dah lama tak jumpa. ...
-
Pada tengah malam, adik angkat aku telah menelifon aku dan menanyakan khabar. Kami selalu jugalah berborak..maklumlah dah lama tak jumpa. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan